Jangan menjanjikan sesuatu yg sukar utk mengotakannya.Janganlah kita mengharap segunung harapan yang kita citakan akan terhasil.Hari ini,Tuhan berikan secebis kasih sayang.Mungkin besok hari, tuhan campakkan rasa benci.Hargailah kasih sayang hari ini. kelak besok,kita mungkin hilang nikmat kasih sayang.Janganlah terlalu menyalahkan diri sendiri atas kekecewaan.Kita bertemu dan berpisah kerana Allah.Kepada Allah jua kita kembali




   

<< May 2005 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
01 02 03 04 05 06 07
08 09 10 11 12 13 14
15 16 17 18 19 20 21
22 23 24 25 26 27 28
29 30 31


Web Counters



sempoi


zuera


zuril


sri diah

utusan



If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed

Monday, May 23, 2005
9 Sifat Perempuan Yg Menjadi Perhatian

1.Sikap Keibuan
Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut,mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuatlelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang
hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing2.

2.Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya
tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. tetapi
tentulah bukan sifat keanak-anakkan yg melampau dan menyakitkan hati
tetapi sikap keanak-anakan yg menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yg
membangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat
lelaki lebih berghairah.

3.Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima
seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan, memilih waktu
yg tepat utk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki
melakukan kesilapan, wanita yg berpengertian tidak terus mengeluarkan
kata2 yg kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk
persoalannya.

4.Menghargai
Wanita yg menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dgn
wanita yg suka diperlakukan dgn lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dgn
tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat
lelaki berasa bangga.

5.Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yg pandai menjaga penampilannya agar sentiasa
kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yg baik
menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya.Dia akan murah senyuman,
pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yg
terbaik kepada dirinya.Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara
tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan lelaki juga menyukainya.
Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan
dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yg
tidak suka isteri yg masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya
anak 3??

6.Pandai berbicara
Lelaki tertarik dgn wanita yg pandai berkomunikasi dan boleh diajak
berbual. Walau topik perbualan yg disukai lelaki berbeza dgn topik
kegemaran wanita,wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar
teman berbual yg pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yg baik.
Dia juga tahu menjadi pendengar yg baik, serta mengalihkan topik yg agak
serius kepada perbualan yg lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita
yg suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki
dgn baik dab berfikiran terbuka.

7.Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yg pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di
mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yg lebih tua dan cara
berhadapan dgn orang yg lebih muda. Apabila berhadapan dgn suasana yg
baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia
mudah di ajak ke mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di
kampung.

8.Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dgn wanita yg menghormati dirinya sendiri sebagai seorang
wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yg menghormati dirinya
sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan
oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan
dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan
merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan
dirinya sesuka hati.

9.Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yg murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg
susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yg wajar dan
spontan mencerminkan hati yg mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yg
memancar keluar dgn indah dan mempesona.

Posted at 05:03 pm by Iswadi

Pakteh
November 27, 2006   09:30 PM PST
 
Saya suka catatan ini. Dan maaf la kerana saya buat pautan dari blog saya ke artikel ini.... Pakteh.
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry